KUALA LUMPUR 17 Feb. – Pengeluar peralatan elektrik, Coway menjadi syarikat pengeluar penapis air antarabangsa pertama yang berjaya memperolehi sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengarah Urusan Coway Malaysia, James Park Jae-Young berkata, sebagai pengeluar penapis air terbesar di peringkat global, kawalan kualitinya adalah ketat. “Justeru, kami turut memastikan piawaian Coway menepati dari segi pematuhan yang ditetapkan oleh JAKIM,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. Sistem penapisan osmosis songsang Coway yang memenuhi piawaian Halal bertaraf antarabangsa kini boleh didapati di pasaran tempatan dengan pilihan rekaan desktop dan rekaan berdiri. Sumber: Utusan Malaysia - 18 Februari 2011 Nota: Maklumat lanjut tentang Coway boleh diperoleh dengan melayari www.mycoway.net atau hubungi Zuriati di talian 012-3082313 |



