News‎ > ‎

Coway memasuki pasaran Sarawak

posted Jul 1, 2011, 10:43 PM by Coway Malaysia   [ updated Jul 1, 2011, 11:33 PM ]
Bermula Mei 2011, Coway Malaysia telah berjaya meluaskan pasarannya ke seluruh Malaysia setelah membuka Pusat Coway Dream Service terbaru di Sarawak. Pusat Coway Dream Service yang terletak di Sibu itu disokong sepenuhnya oleh pasukan CODY dan CT yang mencangkupi bandar-bandar utama di Sarawak termasuk Kuching, Serikei, Bandar Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri. Yang pasti, pasaran produk Coway akan terus menerus diperluaskan ke seluruh pelusuk negeri Sarawak di dalam waktu terdekat.
 
Pengguna-pengguna dari Bumi Kenyalang seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menikmati kebaikan dan kelebihan produk Coway yang diperakui di peringkat antarabangsa dan disahkan halal oleh Jakim Malaysia. Pelbagai tawaran menarik boleh didapati secara online dengan melayari www.mycoway.net/promotion.
 
Bersempena dengan kejayaan Coway Malaysia mencapai 50,000 pelanggan, tawaran menarik potongan 30% untuk kebanyakan produk Coway disediakan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki produk Coway pada harga yang murah. Layari www.mycoway.net/promotion sekarang sebelum tawaran tamat penghujung Julai 2011.